Roda-Roda Kehidupanku

Saya sedang mendorong diri untuk menulis, untuk berkongsi Roda2 Kehidupan dari kisah benar sepanjang perjalanan usia setengah abad ini. Moga Allah permudahkan.

Roda-roda Kehidupan – Kisah 2

Sambungan kisah N 

Dari jauh saya nampak kelibat N, macam tak percaya betul ke ini N?. Wanita yang dulu bertudung litup kini jauh berubah. Dengan rambut mengurai dan berpakaian sendat, mata saya terpaku meilhat perubahan dirinya. N datang bersama seorang lelaki yang tidak saya kenali, tapi yang pasti itu bukan suami N.

Panas terik matahari yang merecik peluh di dahi tidak dapat menahan gelora hati saya untuk bertanya. Lelaki yang menemani N ketika itu minta diri sebentar, membiarkan kami berdua.

Kami duduk di sebuah restoran berdekatan Ampang Point yang saya tak ingat namanya.

“N apa jadi ni?, apa yang terjadi?,” tanya saya berulangkali seperti tidak percaya apa yang saya saksikan ketika itu.

Mata N mula berkaca, sambil mengetap bibir menahan sebak di hati. Belum sempat bersuara, air mata N laju berlinangan.
Saya peluk N, membiarkan N tenang seketika. Dalam esak tangis saya genggam tangan N sehingga dia bersedia memulakan bicara. “Besar sungguh derita yang di tanggung wanita ini,” bisik hati kecil saya.

“Kak, saya tak sangka hidup saya jadi begini, saya tak sangka abg M (suami N) sanggup halau saya. Dia ambil semua anak2 dan nak ceraikan saya. Saya keluar dari rumah sehelai sepinggang,” lemah suara N menyusun kata-kata.

Apa yang terjadi?

“Apa? ehh mana mungkin!!!!…. kerana saya pernah menjadi saksi betapa sayangnya M pada isterinya, bukan dibuat-buat tapi
memang ikhlas dari rasa ttanggungjawab. Kenapa pulak sampai jadi begini?. Apa yang terjadi?.” tanya saya lagi

———
Lalu saya ringkaskan kisah N untuk pemahaman pembaca
=====

1. Kami berkenalan melalui iklan perniagaan MLM dalam majalah Mastika sekitar tahun 2003. N menjadi downline saya dan kerap saya bertemu dengan N di JB.

2. Bukan sebab duit, tapi mungkin sunyi, N minta izin untuk buat bisnes MLM dari dan mendapat keizinan suaminya.

3. Dari situ N mula ramai kawan hingga berkenalan dengan Ani (nama samaran) yang berminat menjadi rakan bisnes (downline) N.

4. Ani wanita bujang berusia awal 30an, duduk di utara seorang diri tapi seksi dan bergaya (kami pernah oustatation bersama).

5. Ani kerap bermalam dirumah N dan atas dasar percaya dan kesian N kerap membawa Ani keluar makan dan berjalan
sekeluarga.

6. Lama kelamaan mereka berdua mula meneroka bisnes lain, jadi secara tak langsung saya dan N tidak berhubung. Pertemuan tengahari itu adalah yang pertama setelah lebih 5 tahun tidak bertemu.

N terlalu percaya kawan hingga memberi kebebasan melampau pada Ani sehingga ;

– Ani boleh sewenang2 keluar masuk rumah N, tidur baring macam rumah sendiri.

– Jika N balik kampong seorang diri (di pantai timur) menziarah ayahnya yang sedang sakit, kadangkala Ani tiba-tiba akan muncul di rumah N.

– Ani sudah mula bermesra dengan M, masak untuk M (suami N)

– Suami N menjadi tempat Ani meminta pertolongan bila tak cukup duit (M kan kaya & berduit)

– Gelagat dan kemesraan Ani dan M mula diperhatikan oleh 3 orang anak-anak N ketika dia tiada – (tapi sayangnya N tak
percaya)

Apa yang terjadi pada N seterusnya ?

#Kisah #Akhir

 

Teruskan membaca kisah N dalam Roda-roda Kehidupan – Kisah 3

.
SMZA
Membimbing dari hati

#mendorongdiriuntukmenulis
#berkongsikehidupandalampenulisan

Share This

Share this post with your friends!