Roda-Roda Kehidupanku

Saya sedang mendorong diri untuk menulis, untuk berkongsi Roda2 Kehidupan dari kisah benar sepanjang perjalanan usia setengah abad ini. Moga Allah permudahkan.

Roda-roda Kehidupan – Kisah 1

Kisah N (nama samaran)

20 tahun dulu, saya ada seorang kawan yang saya panggil N, duduk di JB. Setiap bulan suami N tak pernah miss bagi duit belanja 5k sebulan. Duit belanja dapur dan anak-anak lain. Kiranya belanja 5k tu memang khas untuk N sahaja. Bukan tu jer, suami N sangat bertanggung-jawab dan menyayangi N dan 3 anak mereka. Sayangnya pada si isteri, rumah N dilengkapi dengan tukang masak dan pemandu Pendek kata hidup N serba sempurna sebagai wanita dan isteri.

Semua kawan2 masa tu selalu berkata, “Wahhh! bertuahnya N, untung betul hidup N!,. punya suami yg baik, bertanggung-jawab dan paling best tak perlu buat kerja rumah, senang lenang dan boleh bershopping barangan mewah tiap masa.” (Mmg itukan impian setiap wanita yang bergelar isteri).

N panggil saya kak siti kerana jarak usia dia yang pangkat adik pada saya. N memang seorang wanita yang baik, pemurah dan merendah diri walaupun hidup serba mewah. Namun begitu sering saya nasihatkan N supaya simpan duit, kita tak tahu apa yg akan terjadi dimasa depan. Walaupun suami baik, mgkn akan dtg hati boleh berubah atau apa sahaja kemungkinan. Yang penting ada simpanan dan berjimat.

5 tahun terpisah

Jarak memisahkan kami, rasanya hampir 5 tahun saya tidak berhubung dgn N hingga pada suatu hari, “Kak siti boleh jumpa N di Ampang Point, bnyk N nak ceritakan” nada suara N seperti dalam kesedihan.

“Ya Allah, apa yang terjadi pada N, saya doa tiada apa2 yg buruk berlaku” sambil bersiap untuk berjumpa N tengahari tu.

Memang saya terperanjat melihat keadaan N. Apa yang berlaku kepada dirinya?. Banyak persoalan bermain diminda, tak sabar nak dengar penjelasan N.

Apa yang terjadi pada N?

 

Saya kongsikan dalam Roda-roda Kehidupan – Kisah 2

KLIK SAMBUNGAN DISINI

 

 

SMZA

Membimbing dari hati

#mendorongdiriuntukmenulis

#berkongsikehidupandalampenulisan

Share This

Share this post with your friends!