“Rebah dan bangkit berulang kali. Kenapa hidup sampai jadi begini?”

“Rebah dan bangkit berulang kali. Kenapa hidup sampai jadi begini?”

“Untuk memiliki sesuatu yang besar, maka pengorbanannya juga besar namun siapa sangka impian menggunung akhirnya runtuh berkecai.”

Saat saya menerima dengan berlapang dada dan bersabar dengan musibah lalu, maka Allah membuka pintu rezeki yang tidak disangka-sangka.

Kisah saya _ My true Story

“Siapa boleh menduga, kita manusia hanya merancang namun Allah yang menentukan. Selepas berhenti kerja saya gigih merancang masa depan demi untuk hidup bahagia bersama anak-anak. Tapi kala menghampiri usia setengah abad, saya diduga dengan ujian yang maha berat mengharungi episod yang penuh pedih dan pilu.” – Siti Mardiah Bt Zainal Abidin

Sebuah penghijrahan

“Saya suka membaca kisah orang berjaya, cerita kisah suka-duka, kegagalan, survival dan kisah-kisah yang menyentuh hati. Tiap kali baca kisah-kisah sebegini, akan terselit satu perasaan mahu menjejaki langkah mereka.”

Apatahlagi keperitan hidup sebagai ibu tunggal membuat saya bersemangat untuk bangkit melawan nasib. Demi untuk anak-anak saya nekad melakukan sebuah penghijrahan.”

Tahun 2002 – Saya ambil keputusan meletakkan jawatan sebagai eksekutif bank ketika gaji menghampiri 3k sebulan. Niat berhijrah dari dunia makan gaji kepada dunia perniagaan demi memberi kehidupan selesa buat 3 anak saya. Hasrat semakin nyata bila income partime dari bisnes MLM yang baru 6 bulan diceburi sudah menjangkau dua kali ganda dari gaji bulanan. Detik hati berkata, “Ini kalau buat full time dengan bersungguh-sungguh beserta pengalaman 18 tahun bekerja  pasti bisnes akan meletop!.”

Benar jangkaan saya, setahun selepas berhenti kerja bisnes MLM yang diceburi meletop, begitu  maju dan sukses. Saya makin bersemangat dan berusaha dengan lebih gigih dan kejayaan mula menyinar, dari hidup biasa-biasa bertukar luar biasa. Kereta mewah menjalar megah dihalaman rumah, hidup kami anak beranak bertambah senang dan serba mewah.”

“Allah datangkan ujian”

Bila ada duit kawan pun ramai menghampiri, menawarkan segala macam bisnes. Saya mula meneroka pelbagai peluang bisnes dan pelaburan di depan mata dengan harapan “tambahan bisnes” ini akan menambah lagi senang hidup kami 4 beranak. Saya mula jual produk itu, produk ini dan melabur sejumlah besar wang dalam perniagaan yang diluar bidang saya. Kerana kecetekan ilmu dan kesibukan masa, saya serahkan kepada rakan kongsi yang dipercayai untuk menguruskannya. Namun kebodohan ini akhirnya membawa musibah demi musibah yang memakan diri apabila harapkan pagar, pagar makan padi.”

“Perniagaan mula bermasalah apabila pengurusan kewangan tidak diurus dengan baik. Bagai pinggan retak menanti belah, pelbagai permasalahan timbul silih berganti dan akhirnya satu demi satu perniagaan lain lenyap dan tidak mampu diselamatkan”

“Saya jatuh terduduk, perniagaan hancur musnah, rugi ratusan ribu, kereta ditarik, hidup terjerat, terbelit hutang keliling pinggang dan simpanan habis KOSONG!.”

Saat saya menerima dengan berlapang dada dan bersabar dengan musibah lalu, maka Allah membuka pintu rezeki yang tidak disangka-sangka.

Dugaan datang satu persatu bila rumah turut tergadai dan saya diistiharkan muflis oleh makhamah tinggi pada usia 47 tahun!.

Kekhilafan paling besar

“Inilah kekhilafan paling besar dilakukan dalam hidup, meminjamkan nama kepada rakan untuk membeli kereta mewah. Janji manis untuk melunaskan bayaran bulanan hanya tinggal janji. Apabila pinjaman tertunggak saya dikejar bank. Kereta dilarikan namun akhirnya berjaya ditarik dan dilelong, namun baki pinjaman ratusan ribu mengheret saya turun naik makhamah hingga menjadi muflis. Semua kawan-kawan hilang, tiada tempat mengadu dan saya terjerat sendirian.”

Saat saya menerima dengan berlapang dada dan bersabar dengan musibah lalu, maka Allah membuka pintu rezeki yang tidak disangka-sangka.

Nasi telah menjadi bubur

“Segalanya berkecamuk, pahit getir yang dilalui memaksa jiwa untuk berundur biar hilang penderitaan ini namun kemana hendak dituju?. Dalam keterpaksaan saya terus melangkah menjalani kehidupan seharian dengan keadaan penuh kesal, duka, marah, kecewa, sedih, murung dan pelbagai perasaan yang bercampur-baur.”

“Ketika itu hanya Allah yang tahu betapa seksanya hidup saya sebagai ibu tunggal dengan hutang keliling pinggang dan tiga anak yang semakin membesar. Impian saya musnah hancur berkecai. Saya terheret dalam kancah derita, tidur menjadi tidak lena, hidup dikejar hutang hingga menyebabkan saya takut menjawab panggilan yang tidak dikenali.

Saya amat tertekan dan rasa tidak terdaya untuk bangkit. Saya pandang wajah anak-anak, mereka kekuatan saya dan saya gagahi mengutip semangat yang bersisa. Namun pelbagai persoalan bermain difikiran. Apa yang saya perlu buat?. Untuk bekerja?. Tak mungkin, siapa nak ambil wanita berusia macam saya ni bekerja?.”  Nak bernIaga?. “Simpanan dah ZERO.”

Ambillah iktibar dari kisah saya ini.

1. JANGAN pinjamkan nama untuk ambil apa sahaja bentuk pinjaman bank walaupun pun kawan anda sebaik malaikat. Permulaan semuanya manis tetapi lama kelamaan anda akan terjerat akibat kesilapan sendiri. Jalan paling selamat, JANGAN!.

2. Buatlah bisnes kerana niat yang betul serta minat yang mendalam.

3. Usaha dan fokus pada satu perniagaan dulu sehingga berjaya sebelum menambah perniagaan lain. Jangan kejap-kejap lompat-lompat produk, kejap jual tu, kejap jual ni.

4. Jangan letak kepercayaan 100% pada orang lain untuk menguruskan bisnes. Usah harap orang lain tolong bisnes kita.

5. Jika anda berada dalam keadaan kewangan yang meruncing. Dapatkan khidmat nasihat dan jangan mengalah dengan tekanan. Bertabahlah kerana pasti ada jalan keluar.

Hidup susah

Sukarnya melepaskan masa lalu

“Kegagalan tidak bererti satu kekalahan namun keperitan serta sesalan yang bertalu-talu menerjah fikiran memerlukan jiwa yang kental untuk menerobosnya. Demi anak-anak saya gagahi untuk bangkit kembali!. Saya perlu teruskan hidup, anak-anak bergantung harap kepada saya!.

“Saya mesti tinggalkan masa lalu yang menghancurkan hati, namun hijrah kali ini tidak mudah!. Saya cuba untuk bangkit, gagal dan cuba lagi berulangkali bangkit melatih diri melupakan memori pahit, namun saya kecundang!. Saya karam dalam air mata duka.”

Mencari jawapan

Saya mula mencari-cari jawapan bagi setiap permasalahan yang timbul dalam hidup ini. Apa sebenarnya yang ‘HILANG’ hingga pelbagai masalah mendatang?. Tiba-tiba saya merasakan sesuatu yang datang menusuk nun jauh dalam lubuk hati ini. Allah. Aku terlalu jauh daripada-Mu,” bisik naluri hati ini.

Saya menjadi sebak. “Mungkin inikah jawapannya?” Air mata sudah tak mampu lagi ditahan. Saya tahu selama ini, saya lalai melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang Muslim. Solat? Zakat? Sedekah? Semuanya satu persatu datang menerjah di kotak minda.

Saya lupa, pemilik rezeki itu ialah hanya Allah s.w.t, Tuhan yang memiliki segala-galanya. “Ya Allah, maafkan aku.”

Menemui Jawapan

Saya sudah temui jawapannya. Harta ini bukan milik saya sepenuhnya, ia perlu diinfaqkan untuk dikongsi dengan orang lain. Kehilangan harta ini sebagai menebus dosa-dosa saya kepada Allah. Saya mula mendapat kekuatan baru, memaafkan dan melepaskan masa lalu serta menerima qadha’ dan qadar hidup ini dengan penuh redha.

Saya yakin “ALLAH mengambil sesuatu dari saya kerana DIA mahu menggantikannya dengan yang lebih baik.” Meletakkan hanya Allah sahaja tempat penggantungan hidup dan rezeki. Syukur Alhamdullilah, jiwa saya menjadi tenang dan mula bersemangat menongkah cabaran untuk BANGKIT SEMULA.

Hidup susah

Bagaimana saya bangkit setelah muflis

Walaupun banyak SEKATAN setelah menjadi MUFLIS apatahlagi dalam usia lewat 40an namun ia bukan PENAMAT HIDUP.

Saya positif waktu akan menyembuhkan segalanya. Saya berusaha mencari jalan keluar. Tanpa memilih kerja, macam-macam saya buat demi kelangsungan hidup. Dari berniaga buah ditepi jalan hingga menjual nasi lemak di flat2. Saya jadi promoter, jual kain, jual topup, jual tudung dan buat pelbagai kerja-kerja freelance. Saya berjinak kembali dalam bisnes MLM, jual produk kesihatan Tasly.

Walaupun pelbagai kecaman dan kata-kata nista harus ditelan, demi untuk survival saya bertahan. Saya yakin dengan jaminan rezeki daripada Allah SWT.

Saya memasang impian untuk bangkit membina legasi perniagaan yang berjaya. Namun bagaimana saya nak lakukan transisi hidup dalam usia lewat sebegini sedangkan semuanya memerlukan modal yang besar?. Nak buat pinjaman bank memang tak ada harapan, nak pinjam adik beradik lebih merumitkan, nak pinjam kawan lagilah payah.

Hidup susah

Pandang Kegagalan Sebagai Jalan Menuju Kejayaan

Saya tanamkan dalam fikiran bahawa saya bukan gagal tetapi sedang dalam proses menuju kejayaan. Saya yakin kejayaan semakin menghampiri. Pemikiran positif ini memberi saya motivasi yang kuat untuk bangkit dan melakar mimpi. Saya mula berfikiran jauh ke depan, optimistis dan terus bekerja. 

Fokus satu perniagaan hingga berjaya

Saya mula menggali penyebab utama kegagalan sebelumnya kerana TIDAK FOKUS. Untuk berjaya saya perlu fokus pada satu perniagaan dan bina sampai berjaya. Saya nekad mempelajari kesilapan lalu dan memperbaikinya agar tidak terulang di masa depan. Kegagalan lalu merupakan guru terbaik untuk saya bangkit kembali.

Allah menggerakkan hati untuk beri tumpuan membina perniagaan TASLYSyarikat yang stabil dan sudah bertapak lebih dari 24 tahun didunia. Ibarat cahaya yang menyuluh kegelapan, pengalaman dalam bisnes MLM terdahulu membantu. Walaupun tidak mudah untuk mencari semula tapak gemilang yang sudah ditinggalkan, tapi saya tidak mahu berputus asa. “Gagal sekali bukan bermaksud gagal selamanya.”

Saya kembali menimba ilmu demi memajukan diri dan perniagaan. Walaupun hidup tidak semewah dulu tetapi jiwa semakin dekat dengan Allah, rasa lebih tenang dan aman.

Firman Allah SWT.yang bermaksud,

“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan, dan diberikanNya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluannya.” – (Surah At-Talaq ayat 2-3)

Hidup susah

“Berhijrahlah kamu supaya rezeki kamu bertambah”

Keajaiban berlaku kala usia menghampiri 50 tahun. “Tak sangka dalam tempoh perkenalan singkat hanya 6 bulan, saya bertemu jodoh dan terus berhijrah mengikut suami ke Sabah.

Rezeki melimpah 

Rezeki dan takdir hidup saya dan suami selari. Pernikahan yang dibina dengan keikhlasan hati telah membuka pintu rahmat apabila rezeki melimpah ruah dari perkahwinan ini.

Insya Allah saya akan kongsikan penghijrahan ini dalam post akan datang. Bagaimana kami bangkit diusia lewat, tanpa simpanan, tanpa pinjaman bank, impian saya untuk membina legasi perniagaan menjadi nyata. Terima kasih Allah, hijrah ini menyapu duka ku. Semoga kisah saya ini menjadi inspirasi dan pengajaran buat anda semua.”

Hidup susah

Ambillah iktibar dari kisah saya ini.

1. Gagal sekali bukan bermaksud selamanya gagal. Bangkit semula dan bina hidup anda kerana kegagalan tidak bererti satu kekalahan.

2. Fokus dalam perniagaan. “Buat apa yang ada! Buat satu persatu! Buat sampai jadi!”

3. Semua bisnes ada masalah. Apa pun, fokus kepada jalan penyelesaian. Di penghujung terowong yang gelap, ada cahaya.

4. Terus belajar dan belajar dari sesiapa sahaja, namun akhir sekali buat keputusan sendiri.

5. Jangan putus semangat. Elakkan mudah rasa kecewa dan putus semangat. Dalam bisnes, ada masa naik, ada masa turun. Bawa bertenang.

“Jadikan Allah s.w.t. tempat bermohon dan bergantung harap. Bergantung kepada Allah dalam semua perkara, sentiasa berdoa, meminta pertolongan dan petunjuk, menaruh harapan dan menyerahkan segala hanya kepada Allah s.w.t. Kita tidak perlu menggembirakan sesiapa kecuali pencipta kita.”

Siapa kata bermula lewat tidak boleh berjaya?

Siapa kata bermula lewat tidak boleh berjaya?

Kereta Wira yang banyak jasa

“3 tahun dulu ketika bermula hidup kami penuh dengan masalah. Usia dah 50, simpanan ZERO dan hutang berbelit. Hanya Allah yang tahu betapa seksanya hidup dengan hutang keliling pinggang. Ini fasa gelap buat saya dan suami, namun apa pun yang terjadi kami perlu cari jalan keluar.” 

“Ketika dalam kesempitan itulah kami baru nak memulakan bisnes TASLY di Sabah. Kami nekad nak bebaskan diri dan hidup tenang tanpa hutang. Dalam terdesak kami paksa diri “bangkit” demi mengubah keadaan hidup ketika itu.”

Usaha tangga kejayaan

Bangkit dalam terdesak

“Selepas subuh suami akan memandu kereta wira lama yang bergerak dengan perlahan menyusuri seluruh bandar Kota Kinabalu. Setiap yang memotong akan menoleh ke arah wira usang kami yang kopak sana sini. Namun disebabkan azam nak ubah hidup sangat tinggi, kami tak kisah pada mata yang memandang malahan sangat bersyukur memiliki wira ini.

“Bekerja 7 hari tanpa cuti  dan 70 jam seminggu. Bermula seawal 5.30 pagi dan balik sekitar jam 12 malam. Tidur 3-4 jam dan esoknya bermula lagi.

“Setiap hari rutin kami membuat promosi dari pasaraya, pejabat, ekspo, sekolah atau dimana-mana sahaja peluang yang ada kami pergi. Hanya saya dan suami yang mengendalikan bisnes ini dan segala-galanya kami uruskan bersama.

Impian nak bebas hutang

Walaupun hari-hari yang dilalui dipenuhi dengan kesibukan kerja, kesesakan jalan raya dan keletihan bila sampai ke rumah, namun kaki terus gigih melangkah kerana kami sedar, “Kehidupan tidak menjanjikan apa-apa melainkan kami sendiri yang mengubah nasib diri.”

Selepas 6 bulan berhijrah

Selepas 6 bulan berhijrah dan membuat promosi tanpa henti, saya mula tercari-cari kaedah yang dapat membantu meningkatkan jualan. Jika jualan meningkat, maka keuntungan pun berganda dan mampu membebaskan saya dari hutang!.. Namun saya buntu memikirkan cara yang terbaik sehinggalah….

Hari tu hujan lebat dan hampir 3 hari tiada jualan, jadi saya scroll internet lalu terbaca satu artikel menarik di google. Saya baca dan hayati artikel tu bersungguh-sungguh dimana penulis artikel menyarankan betapa pentingnya setiap usahawan mendirikan bisnes online bagi menggandakan pendapatan serta mampu memiliki banyak masa dan bebas kewangan!.

Ilmu Online 

“YA!, saya mendapat ilham inilah ilmu yang di idamkan dan kami mesti belajar!.”

Saya bagitahu suami dan kami yakin ilmu online bakal membebaskan kami dari belengu hutang yang sedang merantai diri. Malam tu kami buat carian di internet mencari guru online namun kebanyakan di semenanjung.

Kami tersentap, “Faham-faham jerlah kos nak ke semenanjung kan tinggi, nak beli tiket kapalterbang, nak sewa hotel, belanja makan minum itu belum lagi nak sediakan yuran kelas yang mahal.” Namun kata suami, “Demi untuk ilmu dan masa depan, kita perlu berkorban!.”

Belajar pada usia 51 tahun

Tahun 2015 – Saya mula belajar internet secara serius. Saya excited lihat org lain buat duit berkepok-kepok dalam bisnes online, saya pun NAK JUGAK. Saya berguru dengan beberapa sifu online yang berjaya di semenanjung, cedok segala ilmu dari setiap sifu Facebook, SEO, Blog, Website, Google, Instagram dan menghadiri pelbagai seminar dan kursus, tapi kos belajar pun bukannya murah, ratusan ada, ribu riban pun ada.

Saya yakin “Rezeki Datang Bersama Ilmu” jadi saya nekad buat pelaburan. Cedok ilmu sana sini dan apply ilmu online yang dipelajari sebagai medium pemasaran untuk bisnes Tasly yang sedang diusahakan. 

Alhamdulillah berkat ilmu yang diamalkan berserta izinNya, hasilnya amat menggembirakan!. Jualan melonjak dan kami mendapat semangat baru!.

Pendapatan meningkat

Syukur Allah permudahkan, ilmu yang terus menerus dipelajari menjadikan pendapatan kami semakin hari semakin meningkat seiring dengan ilmu dan teknik pemasaran yang kami pelajari. Sikit-sikit saya mula menabung disamping membayar hutang-hutang kami.

Untuk kekal berjaya, sebahagian simpanan digunakan untuk terus upgrade ilmu. “Yer lah kalau nak berjaya memang kena berusaha gali ilmu bukan duduk diam-diam!.”

Tanpa pinjaman bank

Selepas 1 tahun berdasarkan prestasi jualan yang meningkat, syarikat Tasly menawarkan kami membuka stokis membekalkan produk Tasly di Sabah.

Menggunakan hasil simpanan tanpa pinjaman bank, kami bangunkan empayar Tasly di Sabah. Ilmu yang dipelajari digunakan sepenuhnya bagi mengembangkan lagi perniagaan ini dan menjadikan rezeki kami semakin mencurah sehingga pelanggan kami bukan sahaja dari Sabah malahan dari Sarawak, Brunei dan Semenanjung.

Syukur Alhamdullilah, walaupun menjual produk orang namun kami berjaya menjana jualan 5 – 6 angka sebulan. Dengan rezeki ini juga kami dapat upgrade kenderaan yang lebih selesa untuk bergerak, Alhamdullilah.

Team HOW

Paling gembira melalui rezeki ini maka tertubuh group Tasly yang digelar, “Team HOW.”  Saya mula menjalankan kursus, seminar, program, bengkel online dan pelbagai aktiviti bersama agen TASLY di seluruh Malaysia.

Kami syukuri peluang yang Allah beri pada kami di bumi Sabah

Kami syukuri peluang yang Allah beri pada kami di bumi Sabah yang bertuah. Hari ini kami dapat menikmati tujuan asal berbisnes untuk terus memberi manfaat kepada orang ramai, memiliki kehidupan selesa, punya banyak masa, hutang dapat dibayar dan ada ruang beribadat pada yang Esa.

Ambillah iktibar dari kisah saya ini.

1. Siapa kata bermula lewat tidak boleh berjaya?. Walaupun apapun keadaan anda, tidak ada istilah TERLEWAT!.

2. Bantulah mereka yang memerlukan sejauh mana yang mampu dan berniaga biar ikhlas.

3. Belajar dan terus belajar, setiap hari pastikan anda belajar perkara baru.

4. Jangan mengalah dan terus konsisten mengubah nasib seperti maksud surah Ar-Rad ayat ke 11;

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang ada pada diri mereka”

5. Nasihat terakhir saya, “Don’t give UP”

Allah telah tentukan susun atur yang terbaik buat kami. Banyak hikmah atas perkara yang berlaku bila kami membetulkan semula jalan hidup, rezeki yang tak dijangka pula diterima.

Hari ini kami nak bantu mereka yang dulunya seperti kami…

“SILA BERI PERHATIAN”

  • Graduan yang mencari kerja
  • Mereka yang dah bersara
  • Mereka yang diberhentikan kerja
  • Mereka yang dibelengu hutang
  • Mereka yang mencari income tambahan

“REZEKI ANDA MUNGKIN DISINI!”

Kami Nak Tunjuk Cara Bina Bisnes Yang Betul, Serius dan Berkekalan Secara Online Supaya Anda Boleh Rasa Sendiri Lifestyle Bebas Yang Anda Idamkan Selama Ini?

“TOP SECRET” bagaimana menjana Jualan Pertama RM1,000 dan seterusnya menjana RM2,000 Sebulan walaupun dari rumah dengan modal yang rendah tanpa risiko. Ini adalah “BLUE-PRINT” testimoni kejayaan sebenar kami dan bukan mengambil kejayaan orang lain.

“Saya Berminat NAK TAHU!”