Kisah hidup saya

Kisah saya _ My True Story

Semasa kecil saya kesian tengok bagaimana kuatnya mak dan bapa bekerja untuk besarkan kami 7 beradik. Sebagai wartawan kerja bapa ikut shif dan tidak menentu. Adakala lewat malam baru sampai rumah dan adakala hari minggu dan cuti umum pun kerja. Mak pula surirumah, walaupun tidak pernah bekerja mak bersungguh nak bantu bapa. Mak risau sebab kata mak, “gaji bapa tak cukup buat belanja kami 7 beradik”.

Hujan ribut

Masa kecil

Masa kecil saya tidak ada permainan mewah, tidak ada istilah berjalan atau bercuti waktu cuti sekolah. Kami 7 beradik hidup dengan apa adanya kerana sedar kami bukan anak orang senang.

Jual nasi lemak

Seawal usia 6 tahun saya dah mula tolong mak didapur. Jam 2 pagi mak dah bangun untuk masak nasi lemak dan kuih muih untuk jualan.

Ketika darjah 2 dan bersekolah petang, rutin saya bangun jam 4 pagi bersama kakak tolong mak bungkus nasi lemak. Selepas kakak ke sekolah, saya akan sorong gerai dari rumah ke  tapak jualan kami depan stesyen bas Ampang Jaya.

Air tangan mak memang power, biasa sebelum jam 10 pagi semua jualan mak laris. Saya dengan gembira tolong mak kira hasil jualan sebelum bersiap ke sekolah petang. Bermula dari situ sudah tertanam minat saya dalam dunia perniagaan.

Tanpa rehat

Mak sangat kuat bekerja, pagi jual nasi lemak, tengahari jual nasi campur di gerai Jalan Gurney (sekarang ni Jalan Semarak). Lepas magrib mak sambung memasak pelbagai jenis kuih muih untuk tempahan. Bila hujung minggu mak bertambah sibuk terutama bila ada tempahan untuk katering. 

Bapa pula, siangnya jika tidak bekerja ringan tulang bantu mak didapur, membasuh peralatan memasak dan hantar pesanan ke rumah pelanggan. Begitulah rutin mak dan bapa setiap hari demi membesarkan kami 7 beradik.

.

Tragedi yang dirahsiakan

Inilah tragedi yang saya tidak dapat lupakan sepanjang hayat saya, tragedi yang saya rahsiakan atas permintaan mak.

Cuaca petang tu agak mendung ketika mak dan peniaga lain sedang sibuk melayan pelanggan bila suasana berubah secara tiba-tiba…

“Ketika itu angin bertiup kencang disusuli hujan yang begitu lebat dan dalam sekelip mata bumbung gerai mak dan peniaga lain diterbangkan angin.”

Semua jualan musnah

Keadaan agak cemas ketika itu dan semua peniaga termasuk mak berlari mencari tempat berteduh tanpa dapat menyelamatkan apa-apa. Angin kuat dan hujan lebat petang itu telah memusnahkan semua jualan.

Ketika sedang berteduh, tiba-tiba sepantas kilat mak berlari menuju ke arah gerai untuk mengutip uncang jualan yang tercicir di tanah. Ketika itu saya menjerit ketakutan menangis memanggil mak yang sedang bermandikan hujan ribut. Sebaik mak tiba, saya meluru memeluk mak dalam tangisan. “Saya amat takut kehilangan mak!.”

Mak pujuk saya, luluh hati bila mak kata, “Mak nak kumpul duit ni untuk bayar yuran kakak dan abang nak masuk universiti.”

Pengorbanan ibu bapa tak akan dilupa

Pengorbanan besar

Saya membesar dengan kepayahan namun suasana ini sebenarnya yang mengajar saya bersyukur dengan apa yang di miliki pada hari ini. Kesusahan hidup mak dan bapa menjadi motivasi untuk saya berusaha bersungguh-sungguh lebih tinggi dalam apa jua yang saya lakukan berbanding kalau saya memiliki semuanya semasa membesar. Saya BERTUAH kerana dilahirkan BUKAN anak orang senang telah berjaya membentuk karakter saya yang kuat  berdepan dengan kehidupan.

kagum melihat pengorbanan mak dan bapa

Pesan bapa

Bapa rajin membaca dan sering berpesan kepada saya, “Mardiah, kalau nak hidup senang mesti rajin belajar.” Saya tidak faham maksud pesanan bapa ketika itu sehinggalah setelah saya melalui episod duka dalam diari hidup saya.

Mulakan kerjaya

Menginjak dewasa saya mulakan kerjaya di sebuah bank. Bagai sudah tertanam sifat mak dan bapa, saya kerja, kerja, kerja dengan rajinnya. Malam pula sambung belajar dengan harapan mendapat kenaikan gaji untuk hidup “senang”. Namun 18 tahun bekerja, saya masih tidak mencapai tahap “senang” yang saya inginkan.

Hidup saya diuji, sebagai ibu tunggal tanggungjawab sebagai seorang ibu dan bapa terpaksa saya galas sendiri bagi memastikan 3 orang anak membesar dalam didikan yang sempurna. Gaji bulanan saya sudah tidak cukup menampung belanja anak-anak yang semakin membesar. Saya perlu buat sesuatu!.

Lakukan sesuatu untuk UBAH hidup

Mengubah keadaan hidup

Terjemahan surat Ar-Rad ayat ke 11 membuat saya bertekad nak ubah keadaan hidup. Hati sering menjerit, “Saya mesti lakukan sesuatu untuk UBAH hidup demi untuk anak-anak!.”

Saya tahu sudah tiba masanya!. Saya mesti “BERTINDAK” melakukan sesuatu yang berbeza dari rutin harian selama 18 tahun makan gaji.

Akhirnya saya ambil keputusan berani BERHENTI KERJA.

Bina masa depan

Tahun 2001 

“Satu lagi fasa hidup yang saya lalui iaitu hidup bebas sepenuh masa namun saya sudah tidak ada lagi jaminan pendapatan secara tetap. Ketika itu saya memilih untuk menjalankan perniagaan MLM dan berusaha dengan gigih yang akhirnya membuahkan kejayaan demi kejayaan dalam hidup saya dan anak-anak.

“Namun siapa boleh menduga, kita manusia hanya merancang namun Allah yang menentukan. Saat sedang hidup bahagia saya diduga Allah dengan ujian yang maha berat mengharungi episod yang penuh pedih dan pilu. 

Share This

Share this post with your friends!